Melly yang brutal: "Kalau orang diberi pilihan...orang pilih aje budak KL tuh...si Zikir.. dah la ensem...kaya pulak tuh"
Dhia yang ayu: "Berikanlah aku petunjuk...sama ada mahu memilih Zikir yang aku kasihi atau pun Azmi yang sangat-sangat aku cintai"
Cian Dhia..nak kahwin pun susah..huhu (Akasia TV3: Tentang Dhia )
Kita insan biasa memang selalu mudah keliru..
anak-anak kecil keliru..nak dengar cakap emak ke cakap cikgu
Ibu-ibu di rumah keliru..nak masak lobak potong memanjang ke potong dadu
remaja lepas sekolah keliru..nak masuk U pilih course ini ke yang itu
keliru..nak kahwin dengan sidia yang cantik ke sidia yang ayu..erkk!
Kenapa perlu keliru?
Sukar membuat keputusan ke...atau kita memang banyak pilihan?
Mudah-mudahan.. hati kita sentiasa tetap, teguh, dan tidak mudah goyah dalam membuat apa sahaja keputusan dalam kehidupan..
Gunakan akal yang waras dan ikut gerak hati nuranimu dalam mencari jawapan.
Namun...
jangan terlalu ikutkan hati nanti mati
jangan terlalu ikutkan rasa nanti binasa
jangan terlalu ikutkan nafsu nanti lesu.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan memudahkan segala urusan kita....^_^
