"Kari ayam la mak.."
"Ini bukan kari ayam...ini kari garam namanya.... patut dibuang ke laut aje nih.."
"Kau tau kan...anak aku tak boleh makan masin-masin macam nih..."
" Dah lah... biar mak masak lain.."
heheheh..Itu dialog citer kat TV3 petang tadi yang bertajuk 'Anak Emak'....
Endingnya mak dia kahwin lain...selesailah masalah...
Macam mana pulak kalau mak dia memang tak nak kahwin lain dah?..
Hmmm...mula-mula kita kena terima hakikat bahawa kita memang tidak dapat menandingi wanita yang menjadi ibunya itu...
Jadi...kita tidak perlu menjadi penghalang kepada hubungan mereka...Sebab lelaki yang mengasihi ibunya dan melayannya dengan penuh hormat adalah seseorang yang akan tahu bagaimana untuk melayan seorang wanita lain dengan baik (kalau dah kahwinlah)
Penyelesaiannya....awal-awal lagi dalam perhubungan...kita perlu beritahu keperluan kita sebagai seorang wanita... katakan kepada lelaki anda... kita tidak mahu menjadi penghalang hubungan antara ibu dan anak...dan kita pun tidak mahu bersaing dengannya untuk mendapatkan perhatiannya.
Namun...kita perlukan dia sebagai pelindung kita...menjadi ketua dalam keluarga dan menjadi contoh kepada anak-anak lelaki sebab anak-anak lelaki perlu tahu apa yang dapat menjadikan mereka lelaki sejati.....dan menjadi contoh lelaki sejati kepada anak perempuan.
InsyaAllah lelaki anda akan sedar tanggungjawabnya...dan membantunya mengelak daripada terlalu diperintah oleh ibunya. ^_^
[ Kalau yang tak berapa nak kontrol ayu tuh boleh la cakap macam nih..."eh awak nih bukan budak kecik lagilah nak duk bawah ketiak mak awak aje.."]....hehhehhhehh!
anak!...eh, anak murid!...gambar siang tadi .. tak der kaitan pun ngan entry...ngeee! |