topbella

Tuesday, May 31, 2011

~Tenang....Jangan Gelabah Dengan Masalah..~

1. Masalah yang paling bermasalah adalah bermasalah untuk mengenal pasti masalah kita.

2. Tidak mempunyai sebarang masalah adalah satu masalah.

3. Rasa bersalah juga adalah satu punca masalah.

4. Ramai orang yang bermasalah untuk menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Masalah yang dipendam boleh menyerabutkan kepala dan menyebabkan masalah tambah bermasalah.

5. Banyak helah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.

6. Masalah boleh menyebabkan kita terasa lelah.

7. Akhirnya, ramai orang yang kalah dengan masalah.

8. Walaupun bermasalah, jangan gelabah, nanti kita terus rebah. kita mesti jadi insan yang tabah.

9. Kalau ada masalah. cuba rileks dan bertenang.

10. Sesungguhnya, dalam ketenangan ada kesenangan.

11. Pergilah wahai masalah.

12. Marilah kita menghayatilah janji-janji Allah sebagai penenang bagi jiwa yang gelisah, sebagai kegembiraan apabila menghadapi sebarang masalah dan kesusahan.

“Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan. Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan.”
Surah al-Insyirah, ayat 5 dan 6.

14. Dua kali Allah mengulang-ulang ayat ini. Maka, yakinlah kita dengan sebenar-benarnya dengan Allah yang maha pengasih. Tidak ada kesusahan yang kita hadapi, melainkan Allah akan memberikan kesenangan kepada kita.

15. Susah dan senang adat kehidupan. Hadapilah masalah dengan semangat yang kental dan jiwa yang tenang.

16. Walaupun susah tak perlu gelisah.

Hadapi hidup ini dengan tenang, senang dan lenang.

Monday, May 30, 2011

~TuPTaP2...DaH CuTi SeKoLaH...~


Myspace Fun Flash Comments
 
Tup Tap...Tup Tap...Dah nak masuk bulan 6 dah...cuti sekolah la plak...
Cepatnya masa berlalu...dah tengah tahun dah...

Semoga segala impian dan harapan akan menjadi kenyataan...
 
Buat adik2 & anak2...time cuti sekolah nih jangan lupa baca buku ya!...( hehe...biasa ler ayat skema..)


SeLaMaT BerCuTi SeMua...



Thursday, May 26, 2011

~DeTaK JanTunG Ini...~

Alhamdulillah...hari yang cerah...secerah sekeping hati yang REDHA menyambut takdir ILAHI.
Hari yang tenang...setenang sekeping hati yang SABAR saat diri diuji.
Jangan kecewa andai semalam ditusuk duka...kerana akan hadir juga bahagia setelah derita.
Seumpama siang yang pasti menjelma...selepas malam yang gelap gelita.
Lalu bersyukurlah pada Ilahi tatkala melihat mentari hari ini..
~SyUkuR MaSiH PunYa DeTaK JanTunG Ini...~ 
 
 

Tuesday, May 24, 2011

HaRi-HaRi TeRakHir....


Setelah berhempas-pulas bergilir-gilir selang seminggu dengan Cikgu Lia selama 3 bulan mengganti cikgu PraSekolah yang cuti bersalin....tibalah masa yang ditunggu-tunggu....hari-hari terakhir di Pra Sekolah..


Tabik Spring laa...toing3....sape2 yang mengajar murid2 PraSekolah.... kene ada kekuatan mental dan emosi...kalau tidak siaplah...boleh cepat kerepot jawabnya...huhu


Sunday, May 22, 2011

~TiKa HuJaN Itu~

♪Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.♪

♪Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair ♪  



 














               Hujan di luar sedang turun lebat mencurah.Membasahi bumi indah ini yang kekeringan. Benar bumi yang kegersangan tatkala di timpa hujan pastikan segar kembali.Begitu juga hati manusia yang kegersangan, bila air mata keinsafan menitis sungguh ia akan menyejukkan hati dan jiwa-jiwa yang sedang tandus dan gersang.

~HuJaN Ini MenGunDang PiLu~
 

Saturday, May 21, 2011

erkkk....teh tarik aku!

Kenderaan yang lalu-lalang agak lengang  pagi itu....burung-burung pun agak malu2 untuk berkicauan....masing2 pula dengan muka ala2 cekodok duduk melengu di bangku dengan di minda masih terkenangkan  selimut yang tak patut ditinggalkan setelah Jumaat berlalu...(maknanya kejadian berlaku pada pagi Sabtu ler...pas Jumaat kan Sabtu..)

" uittt...jom p kantin...kita makan dulu..lapaq nih "....Saodah Qistina( bukan nama sebenar) menyapa aku sambil tak cukup tangan menggenggam bekas plastik makanan dan minuman...."jom!..." aku bersuara tak larat nak jawab panjang-panjang sambil tersenyum.

Krekkk...bunyi bangku kantin ditarik....masing-masing mula menjamah makanan sambil sesi hulur menghulur duit bayaran..

" eh..nanti laa..makan la dulu.." Salmah Arissa(juga bukan nama sebenar) mengerling  malu2 sambil tangannya mencapai bungkusan milo ais bersebelahan bungkusan teh tarik di depanku.... dan.... mataku terus tertegun melihat derasnya air teh tarik itu meluncur laju membasahi meja di depanku.....

erkkkk....teh tarik aku!

Tuesday, May 17, 2011

"Cikgu...saya nak hadiah...cikgu"

Tok!..tok!..tok!.... belum sempat aku menyebut perkataan 'masuk'...pintu Bilik Pemulihan yang merangkap kelasku telah dibuka...

"Oh Amira (bukan nama sebenar)...comel aje hari nih pakai tudung...kemas aje cikgu tengok...esok2 pun pakai tudung lagi tau.."
    
 Amira tersipu2 malu apabila aku memujinya begitu....kalau nak tau...sebelum nih dia tak pakai tudung pun... dengan rambutnya yang tak bersikat mengerbang.

Sambil tersipu2 malu dan terpacak di depan pintu.... Amira pun bersuara..." Cikgu...saya nak hadiah...cikgu"...sambil tersengeh2.

Di pagi Sambutan Hari Guru yang hening itu...aku pun turut tersengeh bersama sengehan Amira yang semakin melebar...hahaa...


 Kata2 di bawah ini dicilok dari SMS Cikgu Lia...tenkiu..
Amat bermakna tu!

Banyak dapat BUNGA?   tanda tugas guru mengharumkan dunia.

Dapat PEN?  tanda guru bijak melakar kata.

Dapat PEMADAM? tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.          

 Dapat MESEJ? tanda guru sentiasa di ingatan.

Dapat CEMUHAN? tanda guru insan yang sabar dan akan sentiasa dirahmati ALLAH.


 Tak DAPAT APA2?  tak apa...kalau ikhlas pasti dapat PAHALA.


SELAMAT HARI GURU


Saturday, May 14, 2011

~TeMaN....TeRiMa KaSiH DaRi HaTi~

Terima kasih atas ingatan...doa...dan harapan kawan-kawan sempena ulangtahunku..

DoA BuAt TeMaN-TeMaNku... 

Ya Allah telah menjadi suratanMu untuk teman-teman kami 
 meneruskan kehidupan mereka dengan tanggungjawab mereka 
 yang lain. Ya Allah, kami memohon kepada mu agar Engkau 
 permudahkan jalan bagi mereka dan juga kami dalam menghadapi
 segala pelbagai rintangan dan ujian hidup. Agar segala ujian 
 besar dipandang kecil dimata mereka dan juga kami yang ada di 
 sini. Ya Allah kau jauhi diri kami dari bisikan Syaitan dan tetapkan hati kami ke jalanMU....Amin.

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•    SaLaM MaNiS     ♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥    


Friends and Best Friends Pictures, Graphics, Images, Comments






~PeRaSaaN YaNg MaNiS


Water Reflections Pictures, Graphics, Images, Comments
Water Reflections Comments - Photobucket

Pejam celik...pejam celik... dah 13 Mei 2011. Hari ini bertambahlah usiaku...

Alhamdulillah...masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di buminya yang indah dan menikmati anugerah kurniaanNya...
Dan berharap aku masih punya rasa untuk terus mensyukuri atas segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.

Namun...aku nih kadang-kadang masih jugak suka bermimpi...
dan berharap mimpi itu juga mimpi yang manis.~


♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫

~FriDaY The 13th

“Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kita yang perasan!!!” 




•.,,.-°--*-.,,.- RAHSIA 13 •.,,.-°--*-.,,.-

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang..
memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betu/tegak
Fadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbiratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Surah Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruku’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib
Pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Wednesday, May 11, 2011

~Kau PuNya Aku~


Friends and Best Friends Pictures, Graphics, Images, Comments
Friends and Best Friends Comments - Photob

Temanku...
Tika kau merasa sakit yang menusuk hingga ke hatimu sehingga airmatamu tak mampu untuk kau bendung,maka menangislah kau sepuasnya di bahuku...biarlah sakit itu menjadi penawar akan dosa-dosamu.

Temanku...
Menangislah memohon ampun padaNya kerana mungkin selama ini engkau jauh dariNya.Jika engkau disakiti oleh seseorang maka ikhlaskanlah,meskipun sulit tapi engkau pasti mampu melakukannya..kerana Allah tahu..saat itu yang dapat mendekatkan dirimu padaNya...InsyaAllah..

Temanku...
Aku ingin kau tahu..
Kau masih punya aku.~

Tuesday, May 10, 2011

~Butterfly~


Butterfly Pictures, Graphics, Images, Comments
Butterfly Comments - Photobucket

JaLaN Ini JaUh...
NaMun PerLU TeMpuH...

BUTTERFLY...
TeRbAnGlAh TiNggi...
SeTiNggi AnGanku UnTuK MeRaihmU.

~TiNtA HaTi~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 (¯`v´¯)♥
TINTA HATI
.....•.

....¸.•´♥•♥•♥ Andai Dirimu TERLUKA,
... ( Serahkanlah kembali HATI mu padaNya..
.☻/ Nescaya,Dia akan MENGUBAT deritamu..
 /▌♥♥ Dan Mencantumkan Kembali Kepingan2 hatimu..
 / \ ♥♥ Percayalah,Allah Sentiasa MENJANJIKAN Apa Jua Yang TERBAIK Buatmu..

Monday, May 09, 2011

~SeLaMaT HaRi IbU~


Ladybug Note Generator

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile