topbella

Friday, June 17, 2011

~Kalau Tak Kahwin Boleh Cepat Nyanyuk?

Kajian terbaru mengatakan bahawa kalau tidak berkahwin boleh cepat mengalami masalah nyanyuk (Alzheimer)....betul ke?

Kajian selama 21 tahun itu...menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan...sama ada bujang, bercerai mahupun kematian pasangan.


Penyelidikan mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat...berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk....Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia...berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik...mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia...dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Persoalannya...bagaimana dengan meraka yang lambat atau tidak mampu berkahwin untuk mengatasi masalah ini?

Amalkan gaya hidup sihat...InsyaAllah akan terus sihat...Aktifkan sebanyak mungkin sel neuron dalam otak...akan terhindar daripada masalah berkaitan otak...Bukan sahaja memperoleh kesihatan...bahkan juga kebijaksanaan...

Berkahwin apabila telah benar-benar bersedia untuk berkahwin...Pada mereka yang benar-benar berkahwin atas tuntutan agama...moga-moga terhindar segala masalah kejiwaan yang berpunca daripada rasa kosong itu...InsyaAllah.

Wednesday, June 15, 2011

Kata Lelaki Wanita Bertudung Cantik?




Kenapa wanita cantik bila bertudung?

Tuntutan agama
●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.


Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.



 Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.



  Tidak membazir
●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.



Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)



Rambut lebih tahan lama dan sihat
●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.



 Menjadikan diri anda “Mahal”
●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.




Lebih dihormati
●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..



 

Monday, June 13, 2011

~Dari FB Turun ke Hati?...`

 Fiq : Saya suka tengok gambar profile awak...manis aje...boleh saya kenal dengan awak?
 Ayu : Ye ke...kenapa awak nak kenal dengan saya... entah-entah awak pun tengah chatting dengan awek lain   sekarang ni tak?  
Fiq:  Eh, mana ada!...saya tengah chatting dengan awak sorang aje la...hati saya dah suka dengan  awak.......boleh bagi nombor telefon tak...pleaseee?
Ayu: hmmm...ok!





Hmmm...kalau dulu dari mata turun ke hati...sekarang pulak...dari FB turun ke hati?....Cinta Facebook...boleh percaya ke?

Dengan hanya tengok gambar profile...hati dah mula suka?...dah mula jatuh cinta?....hmmm...itu bukannya cinta ....tetapi rasa...rasa muncul serta-merta tetapi cinta memerlukan masa...


Namun..tidak dinafikan...rasa yang ada itu juga boleh bertukar menjadi kasih..sayang dan cinta...tetapi itu semua mengambil masa...

Andainya ia tidak mengambil masa...ia bukanlah cinta yang diperlukan kerana ia hanyalah rasa...


Hati-hati ya!... dengan rayuan maut terutamanya dari kaum Adam nih...lagi-lagilah lelaki hidung belang...hmmm..sebelum berkenalan tu..kene tanya dulu kot..."awaknyer hidung kaler apa ar?...oren ke..hijau ke..ungu ke?(errkk..yg tu kaler peberet Che Ungu)...kaler belang-belang ke?"..huhu

Bagi Che Ungu...usah terus menghimpun cinta di hati melalui Facebook..nanti hujungnya kecewa...ambil masa ya!...sebab bukan semua orang serasi dengan kita...^_^

Sunday, June 12, 2011

~Welcome back to school...~

Tup...tap...tup...tap...dah habis pun cuti sekolah selama 2 minggu...cepatnya masa berlalu kan...

Esok kene pergi sekolah dah!...bersama azam serta semangat yang baru...dan juga senyuman...^_^


~Enjoys working and learning~

Saturday, June 11, 2011

~Aku @ Kampung (Part 2)

soto...yummy!

lontong....siap ada rendang daging tu....dah macam raya la plak

my peberet siput sedut & keladi....aku snap terus dari periuk...puas hati!

mee rebus johor...kompom tak sama ngan mee rebus kat kedai nasi kandar
Asal balik kampung je diet pun lari....

kalau tak makan nanti rugi la plak...mesti nak kene makan punya...
lagi pun kalau balik penang...mana nak dapat makananan johor yang asli...nasik kandar berlambak ler...

kalau nak makan gak kene masak sendiri ler...aku nih kalau masak sendiri kadang2 tu tak leh nak bajet...nanti terbanyak la plak...abis tu sape plak nak abiskan...kan..kan..


Lady Bug Note Generators

~Aku @ Kampung (Part 1)

" akak...ni pokok apa ar?..." tanya adik aku dengan muka selamba badak dia..." ishh..ngko nih...tu pun tak tau ke...ni kan pokok getah"...jawab aku agak kompius bila adik aku pun dah tak kenal pokok getah camner...

nak kata budak bandar...duduk kat felda...tapi felda kelapa sawit lerrr....

patut pun bila balik kampung arwah tok ngan nenek yang ada pokok getah.... pokok getah pun  dah tak tau rupa bentuk dia camner....ish3... 

posing ngan pokok getah


adik aku..




Myspace Lover Letter

Saturday, June 04, 2011

~Apabila Semuanya Tak Menjadi...~

Sebelum  keluar rumah...dalam kepala nih dah rancang macam2...(mestilah kene wat perancangan kan...barulah teratur sket idup nih)....ari nih nak gi seberang jambatan bawak keta yg merangkap boipren aku gi jenjalan...

firstly...nak gi makan dulu..lapor nih...teringin plak nak makan my peberet apple pie kat mcD...pastuh nak gi basuh keta....pastuh nak gi gunting rambut bagi comey sket...hehe...

masuk je Jusco....aku terus cari mcD....mak aihh...panjangnya orang beratur...dengan tempat duduk pun penuh...nih yang malas nih...kensel lah...lain kali je aku gi makan apple pie mcD...huhu...

last2 aku gi makan nasik campur aje....ala2 kampung gitu...lagi sedap...yummy....Alhamdulillah!

gi plak cari tempat basuh keta...nak basuh keta yang dah berabad tak basuh nih...
tetiba..." akak...kami dah tutup dah...nak pi kenduri kawen nih "....hahh...boleh macam tuh...'takpe2...musim2 cuti sekolah nih memang banyak orang kawen pun...pegilah..mengeratkan silaturrahim gitu'....kata aku dalam hati...hehe...   makin berabuk laa keta aku jawabnya..huhu

takpelah...lepas nih boleh laa aku pegi cari kedai gunting rambut plak...tup2....kat pintu kedai gunting rambut dia siap tulis "cuti 2 hari"...gi kawen kot....kensel lagi...huhu...

Semua perancangan aku tak menjadi....Balik aje laa...

Dalam perjalanan pulang...tiba2 hujan turun mencurah2 dengan lebatnya....nasib baik aku tak sempat basuh kereta tadi....hmmmm.....


hujan.....kat tengah2 jambatan....aku memang suka tengok view dari sini...sangat cantik...Subhanallah

kalau lalu jambatan...aku tak suka bawak keta laju2...sape2 nak pecut gi bawak kat line laju ya!....eden nak tengok view dulu nih...rugi ar bayar tol 7 hengget...














Lady Bug Note Generators

Thursday, June 02, 2011

~HaDiRnYa DiA...~

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa...
Mengenali seseorang juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata....
Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah, sedih, merana, gembira, sayang & rindu..
Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya ANUGERAH...
Biarpun hadirnya hanya seketika & sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya... kerana dengannya kita mengenal erti KASIH SAYANG..

~BaJu MeLaYu HiJau SeRinDiT...~

Bila jenjalan sorang2 kat shopping kompleks...aku suka masuk kedai buku nih...dah puas aku belek2 buku kat Popular nih...yg aku rasa merangkap library gak lah...sebab aku tengok dorang nih dengan selambanya duduk bersila lagi baca buku...

Sempatlah aku sambar satu novel nih...tajuk dia 'BaJu MeLaYu HiJau SeRinDiT'....ditulis dalam bahasa yg segar dengan gaya yg memikat...jalan ceritanya pun sentiasa manis...semanis tajuknya...

Kadang2 terfikir gak..kenapa orang suka baca novel...pada aku...aku boleh rasa free drp dunia luar sekejap...kadang2 watak dalam novel tuh sendiri boleh memberikan kita semangat....hmmm...tentu saja semangat yang positif untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam...^_^




" Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah...harus berhati-hati dia....kerana kaca yang tak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya...."

~Hati-hati saudara...~




kalau camtuh...kuar duit kat mesin atm kat shopping kompleks lg selamat kot...ramai orang sikit!..

pastuh leh ler gi shopping...huhu

lagi tak selamat duit aku.. :)

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile