topbella

Sunday, July 17, 2011

~Antara Bijak dan Cantik.... Lelaki Pilih Cantik?~

Hmmm...siapa yang tak bangga kalau pasangannya  seorang yang cantik kan?....  Sebab itu lelaki lebih gemar memilih seorang wanita yang cantik walau pun tidak berapa cerdik....... berbanding wanita yang bijak tetapi tiada rupa paras yang menawan.

 Memiliki seorang wanita yang cantik merupakan kemenangan dan kebanggaan bagi diri seorang lelaki....

Sebab itu ramai lelaki tidak kisah dikikis harta bendanya asalkan dapat berdamping dengan wanita yang cantik walau pun dia tahu yang wanita itu memang pisau cukur.

Walau pun secara realitinya...lelaki memang mudah tewas oleh kecantikan.... dia  juga perlu fikirkan kebijaksanaan pasangannya kerana isteri yang bijak bakal melahirkan zuriat yang bijak juga... ^_^

12 comments

18 July 2011 at 00:27

Assalamualaikum...

Saya pernah berdamping dengan perempuan dan betina yang rupawan dan yang biasa-biasa tapi itu tidak melambangkan keperibadian dalam mereka yang sebenar.

Baik yang muka cantik atau muka tak siap, kalau hati tu dipenuhi niat yang tak baik, pasti macam-macam dilakukan kepada orang yang dirasakan mudah untuk diambil kesempatan.

Muka cantik, akal cerdik takde makna kalau hati tak baik... Biarlah body tu melentik, cutting ala-ala model, bait-bait kata yang dituturkan manis umpama madu, saya akan jauhi orang macam tu. Ia akan menjadi "racun" pada hati seorang lelaki kelak. Semuanya saya dah alami dan tahu beza perempuan dan betina. Ada masanya perempuan boleh jadi betina dan sebaliknya....

Cuma orang lelaki perlu bersedia untuk menjadi lelaki yang teguh pendirian, yang kuat semangat menahan godaan dunia sebelum mencuba untuk mendekati insan yang digelar "perempuan".

Jangan sesekali mendekati perempuan sekadar untuk mengisi masa lapang, tapi carilah mereka untuk dijadikan pasangan pada kehidupan di dunia dan di akhirat...

Bijak, cantik... jika tidak berhati-hati ianya hanya menjadi fitnah dunia yang banyak mengorbankan perasaan. Ia juga salah satu subjektif kehidupan manusia. Bijak dan cantik dalam erti kata sebenar biarlah dari luar dan dalam, yakni bijak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Cantik pula biarlah dizahirkan melalui perbuatan, keluhuran jiwa, keikhlasan kasih sayang bersama pasangan hidup. Maka dengan itu insya Allah kebahagiaan akan menjadi milik bersama.

**saya pernah dipinggirkan dan dicerca atas kerana rupa yang tidak kacak. Saya tak la bodoh sangat, tapi setakat pernah belajar diploma je, tak mampu nak melanjutkan lagi pelajaran, miskin duit...

18 July 2011 at 12:41

cantik bg mata lelaki adalah berbeza.

xsmstinya yang putih gebu itu cantik.

xsmstinya yang kurus itu cntik.

berpelajran tinggi xsmstinya pndai melayan suami.

juga xsmstinya bijak mgurus hal ehwal rumah tangga.

jadi, yg terbaik, plihla yang menyenangkan mata melihat dan taw apa itu solehah.

cantik dan bijak itu pakej tambahan.

18 July 2011 at 12:55

Saudara Ahmad Zaki...terima kasih di atas pandangan...

Waalaikum salam...

Saya tertarik dengan ayat anda... "Jangan sesekali mendekati perempuan sekadar untuk mengisi masa lapang, tapi carilah mereka untuk dijadikan pasangan pada kehidupan di dunia dan di akhirat..."

Duhai lelaki.. wanita bukanlah barang yang boleh 'dibooking' atau 'dicancel' sesuka hati....

Jika tidak mampu...usahlah menjalin hubungan cinta atau memberi harapan dusta...

Mereka hanya inginkan kuasa memiliki tapi tak mahu setia apatah lagi memelihara dan melindungi..

Wanita juga punya harga dan kesucian diri...terimalah seseorang gadis jika benar2 berniat dan berazam untuk bernikah dengannya sahaja...



Namun begitu...Barangkali kita bertemu dengan orang yang salah supaya kita boleh belajar daripada kesalahan itu...

Jika tidak bagaimana Saidina Khadijah boleh bernikah dua kali sebelum dia bertemu Rasulullah... ^_^

18 July 2011 at 13:03

Encik JI...terima kasih sudi komen ya...

Janganlah kita mencintai manusia hanya semata2 kerana keindahannya sahaja...

Kelak kita akan terluka dan kecewa...

Tetapi jika kita mencintainya kerana Allah....maka Allah akan menjaga cinta kita itu... InsyaAllah... ^_^

18 July 2011 at 22:57

gua nak pilih bijak dan cantik. boleh tak boleh tak boleh tak? hahaa

tamak gila

18 July 2011 at 23:39

kehkehkeh... bole aje bro...lagi mantap.... hihi..

22 July 2011 at 08:02

heehhhhehe..terbaek la entry nie..huuhuhu
lg terbaek owg2 yg mengomen post ungggu yg nie kan..uhhuhuu

22 July 2011 at 09:39

ngeeee...maceh2...muah2...hehheh

22 July 2011 at 19:50

ada seorang lelaki pernah cakap..

"CANTIK DIMATA LELAKI NI LAIN.."

maksud.. kadang org lain xnampak kecantikan tu.. Hanya lelaki yg satu itu akan nampak.. hikhikhik~

Cuba ungu elaborate.. kikiki~

23 July 2011 at 11:00

hai pieka!..

nk elaborate ek..

hmmm...klau seorang lelaki itu cakap camtuh.."CANTIK DIMATA LELAKI NI LAIN.."

maknanye...klau dia jatuh cinta...cinta dia tu cinta suci...

sebab dia tak akan memandang kecantikan luaran saja..

mungkin dia tak kisah pun klau pasangannya x bape nk cantik... asal sejuk mata memandang udahnya...

yang penting jiwa dia akan rasa tenang bila bersama pasangannya itu...

itu pendapat ungu aje...x sama kot ngan pendapat owang len... hik3

3 October 2011 at 08:52

hai...

"CANTIK DI MATA LELAKI NI LAIN"
setiap lelaki ada pandang masing2... ada lelaki nampak seseorang 2 cantik dari rupa paras/ pakaian/ kecerdikan/ sikap.. terpulang la pada pandangan mata masing2..

tips: kalu nak bagi nampak cantik pada pandangan lelaki... jaga kebersihan dan kekemasan diri.. yang buat nampak cantik pada pandangan seorang lelaki.. nak lagi cantik.. jadilah wanita yang lemah lembut...hehe.. ingat 2.. KEMAS...

16 January 2012 at 13:28

that best is..beauty with brain kan..tpi nak jumpa susah kan

Post a Comment

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile