topbella

Monday, November 14, 2011

~Cuti-Cuti Takder Sen ..Eheh!~

Cuti la sangat..
10 minit jer dari rumah dah sampai...


lepas raya ituari...memang la agak pokai sikit..
jangan la memandai nak jenjalan kat shopping kompleks pulak...haru!

pergi tempat yang tak kena bayar boleh menyelamatkan duit yang tak berapa nak hader nih...ehek!..
 apalagi melepak jer la  kat tepi pantai nih..
untung2 boleh nampak kapal lalu..
Kat hujung sana tuh adalah jambatan kedua yang tak siap2 lagi....bila la gamaknya nak siap ntah...


 Nak carik siput sedut!....nak carik siput sedut!
Konon2nya nak jugak cari siput sedut...siput sedut yang dah masak lerr...
teringin la nak makan...jangan harap siput sedut...segala spicies siput lain pun tak ada..
musim2 hujan nih siput tak timbul2 kot...uhuk!
Pinjam siput sedut ENTRY BULAN 6 ituari...masak sendiri taw..hik!...



last2 makan aje la cucuq udang nih...sedap gak...yummy!
RM3.50 jerr...tak mahal pun


Bila nak gaji nih...heh!
 Sekian... ^_^


Friday, November 11, 2011

~Kita...Jumaat & 11.11.11~

11.11.11 meninggalkan kita pergi
 Tanpa menoleh ke belakang lagi

Namun Jumaat tetap kembali
Tetap setia menanti

Bumi digoncang..Hari Jumaat
Tiupan sangkakala ...Hari Jumaat
 Kiamat... Hari Jumaat                                 

Gunung takut Hari Jumaat
 Awan takut Hari Jumaat

Tumbuhan melata
Segala binatang takut Hari Jumaat

Menunggu senja menjelang
Menunggu matahari terbenam

 Menunggu Jumaat berlalu
Agar Kiamat tidak berlaku

Namun kita masih di sini
Masih lalai...leka dan rugi

 Tiada gementar di hati
 Bagai Jumaat tiada bererti

 Kita yang lebih bijaksana
 Tiada rasa yang sama

Hari Jumaat
Hari Allah bertindak
ke atas semua makhluknya

Haiwan-haiwan kembali gelisah
Kembali ketakutan
Menunggu Jumaat hadapan

Kita pula bagaimana?

      
 Tinta Rasa: Ungu Violet D'Hearty

Thursday, November 10, 2011

~Kenapa?..~

Kadang-kadang tu kan...
kita sering keliru..

kenapa jadi begitu..
kenapa tidak jadi begini..
begini yang kita impikan..

Kadang-kadang tu kan..
Kita menyalahkan..
dia..dia dan dia..
atas takdir yang menimpa..

Siapalah kita..
 untuk menghukum semua..
 jika takdir itu memang milik kita.

Hidup ini memang tak boleh diduga..
 Berputar umpama roda..

Kadang-kadang senang..
Kadang-kadang kecundang..

Namun semua itu..
buat kita lebih cekal...
lebih tabah..lebih kental..
 dalam menentang badai..

 yang penting apa dilakukan..
 biar ikhlas..
tak minta dibalas..

Pasti jiwa tenang...
hati damai...^_^

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile