topbella

Thursday, July 28, 2011

~Lift Sangkut....Pucat!!!!~

" Kak mengucap kak...."

 Errrkkk....agak-agaklah dik....nih mesti dah tersampuk dengan cerita 'horror movie' nih.....asal lift sangkut jer nak terhempas....asal lift sangkut jer nak terhempas...huhu

Tapi dalam hati Tuhan ajelah yang tahu.....dah lah first time tersangkut kat dalam lift....memang mengucap tak habis-habis....takut!!!!!....

Tiba-tiba diri ini terlalu menghargai kehidupan kat luar sana....dosa yang dibuat dan amalan yang tak seberapa!.....huhu


Kadang-kadang tuh sibuk dengan segala bagai....sedar-sedar aje hari dah malam.... selalu sangat suka sembahyang maghrib dah hujung2 bawak ke Isyak sekali...asyik tengok citer kat TV3 time pukul 7.00 la tuh....adehh! nak menyalahkan tv la pulak...


Al-Quran pulak yang kecil ada...yang besar ada...yang terjemahan pun ada...tapi bukan nak dibuka dan dibaca hari2......kalau laptop nih boleh pulak siang malam dibuka hari2...huhu



As a Muslim,Kita memang dituntut untuk membaca Al-Quran kerana ia merupakan kalam Allah.Selain mendapat pahala yang banyak,rumah orang yang membaca Al-Quran juga dikunjungi oleh malaikat yang sama mendoakan kebajikan mereka yang membaca Al-Quran.



  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 
  •  Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Sumber dari iLuvislam.com
Besarnya kelebihan surah Al-Ikhlas kat sini kan? Walaupun surahnya pendek..Jika kita baca 3 kali seumpama kita baca keseluruhan Al-Quran.. 

Marilah sama2 kita amalkan selagi masih punya nafas ini!... ^_^



Post a Comment

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile