" Sayang... I love U..."
Hmmm... mudahnya untuk melafazkan kata-kata cinta kan?.... sehingga terasa diri bagaikan di awan-awangan...
Cinta memang sangat mudah dilafazkan. Tetapi sukar untuk dibuktikan apatah lagi mengekalkannya.
Usah terlalu mudah menuturkan kata cinta....kerana mulut boleh berdusta....Katalah dengan hati...kerana selalunya ia seiring dengan bukti.
Lagi pun kalau selalu sangat tuturkan kata-kata sayang dan cinta...nanti semua itu sudah tiada rasa dan nilainya lagi.
Lelaki mencari cinta untuk bahagia...tetapi wanita rasa bahagia dengan cinta...Sebab itulah, lelaki boleh bercinta dengan dua wanita dalam satu masa....tetapi wanita hanya punya rasa cinta dengan seorang lelaki sahaja.
Justeru, berhati-hatilah apabila ada lelaki yang terlalu memuja dan memuji anda. Dia mungkin mengatakan anda adalah segala-galanya. Wajah anda penuh pesona, suara yang merdu, ayu lagi manja.... Apabila si dia sudah jemu dan semua itu sudah pudar dan hilang.....anda sudah tidak lagi berharga dan bermakna baginya.
Sebaliknya, beri peluang kepada lelaki yang memilih anda seadanya dan tidak terlalu memuja-muja anda....kadang-kadang hendak dengar perkataan sayang pun susah...tetapi kita tahu si dia sayangkan kita dari perbuatan dan tingkah-lakunya.....kerana itu tandanya si dia bersedia menerima dan mencintai anda seadanya walau apa pun keadaan anda nanti.
Justeru, janganlah frust sangat ya...jika lelaki anda jarang menuturkan kata-kata cinta kerana rasa itu tetap tersemat kukuh dalam hatinya. ^_^
Entry imbas kembali zaman dolu2 masa mula2 berblogging...hikhik
p/s...nak pergi laut jap cari siput sedut...eh cari idea...eheheh
Apa Khabar Semua Sahabat Blogger?
13 hours ago
31 comments
betul betul.yang penting sayang tu lahir dari hati..bkn sekadar lahir dari kata-kata
iyer...kadang2 tu..cakap sayang tak ikhlas pun...:)
Assalamualaikum....
Sebaliknya saya telah mengalami beberapa keadaan di mana perempuan yang dengan mudah memperlihatkan seolah-olah cinta dan sayang itu wujud tapi sebenarnya dia inginkan manfaat sementara dari saya.
Selalunya kes lelaki curang atau lelaki buat hal sahaja yang dikecohkan tapi tak terkalah juga jumlah kes perempuan yang miang, gila "pucuk muda", pakar penipuan terancang dan lain2 perkara yang mencemarkan hasrat murni lelaki ikhlas dan lurus.
Dari kalangan perempuan pun ada juga yang "menanam tebu di pinggir bibir", manis bermain kata-kata... dan "akhirnya habis coklat, plastik Choki Choki dibuang merata-rata...."
Waalaikum salam....
terima kasih di atas pandangan anda yang jujur itu...
saya juga akui tidak kiralah lelaki atau perempuan sekali pun...pasti ada kepincangan mmasing2...
sebab itulah ada dikatakan... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan...
Jika saudara bertemu dengan perempuan2 yang seperti saudara katakan itu...menunjukkan dia bukanlah yang terbaik untuk saudara...kan Allah dah tunjuk kat situ kan...
Apa yang penting kat sini...setiap perkara yang berlaku tu pasti tersembunyi hikmah yang besar di sebaliknya...Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Sebagai manusia...kita perlu bersangka baik dengan Allah termasuklah diri saya...
Apa pun... habis coklat...plastik choki choki janganlah dibuang merata-rata ya...buang ler dalam tong sampah...ngeee..
saya mula menyedari takala membaca ayat ini..."Sebab itulah, lelaki boleh bercinta dengan dua wanita dalam satu masa....tetapi wanita hanya punya rasa cinta dengan seorang lelaki sahaja."
mmg betul~ saya sendiri dapat rasakan... :)
@syahirooAhmad
yup..kalau pompuan dia susah sikit nk lupakn org yg penah dia sayang...huhu
mendalam pesanan entry ni :)
amboi.... bermadah2 cinta...
@Fabulous Me
deep kerr..hik
@hyz
ewah2...cintan cintun plak...huhu
hehehe...ini dinamakan cakap xserupa bikin..hihi..ct lebih suka dia buktikan drpd ary2 dok kata cinta :D
Hubby lily salah seorg yang sukar menuturkan kata2 sayang..tapi tak semestinye dia tak sayangkan..^__^
benar.. cinta bukan zahir 100% dari kata-kata.. ia dtg bagai awan gemawan yg memayungi kesucian cinta tersebut..
@CTK
ct tngah berchenta ehh....hihihi
@LiLy @ MumMyQiStInA
bertuah laa lily.. :)
@AYIE ABAS
hik...tenkiu...^_^
@Pondok Usang
awan gemawan yg memayungi kesucian cinta itu dr terik mentari...:)
sebab tu lelaki blh berkahwin 4 kan.. hehehe.. :)
wahh...cik ungu dah jiwang da..hehe
@eQuRlz
iyer...tidak syak lagi...haha..:P
@KUKUMALU
tu namanyerr...jiwang berkarat...hikhik
biar dia terima kita seadanya~~
@budak kecik
yup...setiap orang ada kelebihan & kekurangan tersendiri..:)
sedey :((
like diz n3
sayang memang mudah dilafaz,,tp tak mudah nak dibuat..:)
@◕_◕ BudArxNǝrƉツ © ♫
hehe...thanx dear..:)
@Anak Wak Mail
iyer...senang diucap...susah nk buktikn..:)
entry yang terlalu berat untuk saya komen,,hehehehe,,thankz coz entry ni kak,,oppsss cikgu,,
Cinta macam nie bunyi :
Yesterday i meet u, today i fall in love with u, tommorow i kill u
Tapi bagi aku :
Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap..lelama melarat
hahahhhahah
@yen(toka ziizokukuto)
heheheee...tenkiulah yen..:P
@DinBlues
nih kompem penah kene kurap nih....kahkahkahhh
Justeru, janganlah frust sangat ya...jika lelaki anda jarang menuturkan kata-kata cinta kerana rasa itu tetap tersemat kukuh dalam hatinya. ^_^
ok saya sokong statements ini :)
teringat cinta pertama ku dulu...........
@afzan
terima kasih krn menyokong...hekhekhek..:p
@khairul
cinta pertama..ehem...nostalgia tuh..hihi
nice....
terimkasih kak
Post a Comment