Bagaimana Untuk Menawan Hati Lelaki Anda?
Lelaki biasanya mendambakan kelembutan daripada seorang wanita. Sebab itulah seorang lelaki sanggup berkahwin kerana dia teruja dengan kelembutan dan mengharapkan kelembutan itu ada pada wanita yang dimilikinya...
1. Melatih diri untuk memiliki sifat lemah lembut ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
2. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang dan tidak tergesa-gesa. Namun sifat lemah-lembut ini lebih baik diiringi dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
3. Selain itu, sifat lemah lembut juga adalah akhlak mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Justeru orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung dan dikasihi ramai orang.
Oleh itu, berlemah lembutlah anda sebab itu pasti akan menawan si dia yang sangat tinggi egonya. Lelaki lemah dengan kelembutan dan mereka tidak sekali-kali tunduk oleh kekasaran.
Mudah-mudahan mereka akan menjadi seorang lelaki yang penyayang dan pelindung kepada seorang wanita... ^_^
Apa Khabar Semua Sahabat Blogger?
13 hours ago
2 comments
lemah lembut pada lelaki yang sah menjadi suami kan? bukan pada kekasih kan?
sudah semestinya... semua itu untuk seseorang yang halal bagi kita saja...
yang belum halal lagi tu.. sori ar!.. ngeee...
Post a Comment