topbella

Friday, January 06, 2012

~Kepadamu Aku Terus Terang!..~

Kepadamu.. terus terang kukatakan..
bukan senang nak senang..
perlu tempuhi segala ranjau dan dugaan..
dugaan yang mematangkan..
barulah terasa manis nikmat yang dikurniakan.

Kepadamu.. terus terang kukatakan..
bukan susah  mencari rakan..
sejuta rakan boleh kau dapatkan..
namun hanya ketika kau keriangan..
di kala berduka  kau ditinggalkan.    

Kepadamu.. terus terang kukatakan..
jika mahu diri dihormati..
perbaiki dulu hati..
hilangkan segala hasad dengki..
yang melingkar di sanubari..

Kepadamu.. terus terang kukatakan..
jika diri didusta..
ditinggal pergi janji hilang entah ke mana..
jangan biarkan dendam membara..
doakan sahaja bahagia..
pasti tenang bersemadi di jiwa.

Terus terang,
UNGU VIOLET D'HEARTY


 

Wednesday, January 04, 2012

~First Day Pergi Sekolah..Punch Card Kaler Merah!..~

siyes time jalan jem memang boleh buat stress..
tapi still kontrol ayu ler tak ada la sampai nak nangis..

lupa hari nih mesti la ramai yang hantar anak pergi sekolah..
maklumlah first day anak masuk sekolah..

agak-agak jalan dah clear..
baru la terasa lega..


masalahnya kereta kat depan punya la slow..
haih...ekau nak pegi makan angin ke apo?

potong jer pasal nak lekas..
lerrr...trafik light pulak tak lepas..

mintak-mintak sampai sekolah loceng tak sempat bunyi.. 
tengok-tengok lagu Negaraku dorang dah nyanyi..


memang hari ini dalam sejarah..
tak pernah-pernah punch card kaler merah..

tak apa besok kena berubah..
sebelum subuh kompem dah sampai sekolah..
  
erkkkk...yolah tuuu!..
ngeee...(^_^)
                        lambat 1 minit aje punn...huk!


Tuesday, January 03, 2012

~Bermulanya Di Januari!..~

Januari baru bermula..
namun masa tidak menunggu kita..
berubahlah jika mahu berjaya..
jika tidak tertekan dan kecewa menguasai jiwa.

Pastinya konflik mengiringi perjalanan..
jangan lari dari cabaran..
hadapinya dengan tenang..
jika tidak mahu hidup kecundang.

Walau hari ini kita berjaya..
jangan terlalu selesa..
nikmat boleh ditarik bila-bila masa..
syukurlah pada yang Maha Esa.

Kudoakan kejayaan..
mengiringi teman-teman..
kerana kasihku bukan sedikit..
semakin hari semakin membukit.

Selamat Tahun Baru..
Semoga Berbahagia Selalu.
(^_^)

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile