topbella

Monday, December 05, 2011

~Ermm...Lelaki Boleh Tunggu Ke?..~


Hmmm...seorang wanita masih tetap menunggu..
walau lelakinya sudah berubah hati..
sukar untuk melupakan..
walau si dia sudah pergi..

tetap merindu..
tetap menanti..
tetap mengharapkan ianya kembali..
walau pun dia tahu semua itu tak mungkin terjadi.

hmmm... lelaki macam tu jugak ke?
atau tak perlulah menunggu si jantung hati..
buang masa saja..
lebih baik cari yang lain sebagai pengganti.

errr...sebab itu kalau kita perhatikan...
lelaki cepat saja berkahwin lain..
bila si isteri sudah pergi menghadap Ilahi..

berbeza dengan wanita..
jarang yang berkahwin lain..
cintanya tetap dibawa ke mati..
asalkan dapat bertemu di syurga nanti..


Friday, December 02, 2011

~Hey Dis....Jangan Lari!..~

Hey Disember..  
jalan perlahan-lahan ya..
jangan lari laju-laju sangat tau..

Azam tahun ni tak habis lagi..
body tak slim lagi ni..
duit tak kumpul lagi..
sofa tak beli lagi..
kereta tak modified lagi..
boipren tak carik lagi...erkkk!!

Eh..sempat lagi kot...
nak perabihkan azam tahun nih..
ada sebulan lagi nih..
relaks laa..
tak payah kalut-kalut..
tak payah semput-semput..
  
Kalau tak sempat..
bawak aje ke tahun depan..
tahun depan tak sempat..
tahun depan punya depan.. huhu

 Selamat melalui hari-hari di penghujung 2011..
Jika tahun ini  penuh dengan jerih perih...
Ingatlah...
Allah tidak akan membiarkan hambaNya menangis..
Cahaya itu ada di hujung sana..
Gapailah...

Chaiyok2.....^_^

               2012 yang dah tak sabar nak menunggu

 



Thursday, December 01, 2011

~Air mata Lelaki Itu~

         Segagah dan sekuat mana pun
       jika dihempas gelombang
    dilanda gelora badai
  jangan ditahan titis air mata itu

biar ianya bergenang
biar ianya luruh
biar terungkai
segala derita  di jiwa

Air mata itu jatuh
pasti bebanan tergalas
pasti luka itu terbias
meruntunkan jiwa lelakimu yang lara

Walau ada luka itu
tersenyumlah dikau
kerana air mata itu
tidak akan abadi

Akan lenyap dan berganti
dengan senyum tawa yang menanti
berserah dan berpasrahlah padaNYA
langkah kaki ini di dalam rencanaNYA

Pastinya
di sebalik titis air mata itu
terlihat satu wajah
penuh kasih
penuh cinta

Tinta Rasa:  ~UNGU VIOLET D'HEARTY~
Ehem!...betul ke lelaki tak mudah menangis?

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile