topbella

Saturday, July 30, 2011

~Ini Bukan Kari Ayam..... Ini Kari Garam Namanya!!...~

"Apa yang kau masak nih Siti.."

"Kari ayam la mak.."


"Ini bukan kari ayam...ini kari garam namanya.... patut dibuang ke laut aje nih.."
"Kau tau kan...anak aku tak boleh makan masin-masin macam nih..."
" Dah lah... biar mak masak lain.."

heheheh..Itu dialog citer kat TV3 petang tadi yang bertajuk 'Anak Emak'....
Endingnya mak dia kahwin lain...selesailah masalah...

Macam mana pulak kalau mak dia memang tak nak kahwin lain dah?..




Hmmm...mula-mula kita kena terima hakikat bahawa kita memang tidak dapat menandingi wanita yang menjadi ibunya itu...




Jadi...kita tidak perlu menjadi penghalang kepada hubungan mereka...Sebab lelaki yang mengasihi ibunya dan melayannya dengan penuh hormat adalah seseorang yang akan tahu bagaimana untuk melayan seorang wanita lain dengan baik (kalau  dah kahwinlah)




Penyelesaiannya....awal-awal lagi dalam perhubungan...kita perlu beritahu keperluan kita sebagai seorang wanita... katakan kepada lelaki anda... kita tidak mahu menjadi penghalang hubungan antara ibu dan anak...dan kita pun tidak mahu bersaing dengannya untuk mendapatkan perhatiannya.


Namun...kita perlukan dia sebagai pelindung kita...menjadi ketua dalam keluarga dan menjadi contoh kepada anak-anak lelaki sebab anak-anak lelaki perlu tahu apa yang dapat menjadikan mereka lelaki sejati.....dan menjadi contoh lelaki sejati kepada anak perempuan.


 InsyaAllah lelaki anda akan sedar tanggungjawabnya...dan membantunya mengelak daripada terlalu diperintah oleh ibunya.  ^_^

[ Kalau yang tak berapa nak kontrol ayu tuh boleh la cakap macam nih..."eh  awak nih bukan budak kecik lagilah nak duk bawah ketiak mak awak aje.."]....hehhehhhehh!



anak!...eh, anak murid!...gambar siang tadi .. tak der kaitan pun ngan entry...ngeee!

~Jikalau....

Jikalau mencintai dunia...
Dunia akan musnah...

Jikalau mencintai manusia...
Manusia akan mati...


Jikalau mencintai Allah...
CintaNYA akan kekal dan abadi.

Jikalau dirimu rebah...
Usahlah kau menyerah kalah...

Kau Bangkitlah..
Berserah kepada Allah..

Pasti ada hikmah yang dianugerah..
InsyaAllah.

Amin!

Friday, July 29, 2011

~Asyik Nak Tulis Pasal Diri Sendiri?....Aku Bukan Artis!~

Hmmm.... apa benda nak tulis nih... otak dah naik tepu dah nih!...
Tapi hari-hari nak up date entry...huhu..

Kalau nak posting entry pun mestilah sesuatu yang menarik kan.. dan sepatutnya boleh memberi manfaat kepada pembaca yang lain...
kan ilmu yang bermanfaat itu dan dipraktikkan pula orang lain...akan menjadi amal jariah kita gak kan...

 Nak jadi penulis yang baik juga perlu banyak atau sering membaca....rasanya perlu banyak membaca kot daripada menulis..

Sebabnya.... penulis yang baik adalah pembaca yang baik.

Moralnya di sini.... marilah kita blogwalking dan rajin-rajinlah baca entry kawan-kawan ya!


Membaca tu kan amalan mulia... ^_^

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile