topbella

Tuesday, May 31, 2011

~Tenang....Jangan Gelabah Dengan Masalah..~

1. Masalah yang paling bermasalah adalah bermasalah untuk mengenal pasti masalah kita.

2. Tidak mempunyai sebarang masalah adalah satu masalah.

3. Rasa bersalah juga adalah satu punca masalah.

4. Ramai orang yang bermasalah untuk menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Masalah yang dipendam boleh menyerabutkan kepala dan menyebabkan masalah tambah bermasalah.

5. Banyak helah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.

6. Masalah boleh menyebabkan kita terasa lelah.

7. Akhirnya, ramai orang yang kalah dengan masalah.

8. Walaupun bermasalah, jangan gelabah, nanti kita terus rebah. kita mesti jadi insan yang tabah.

9. Kalau ada masalah. cuba rileks dan bertenang.

10. Sesungguhnya, dalam ketenangan ada kesenangan.

11. Pergilah wahai masalah.

12. Marilah kita menghayatilah janji-janji Allah sebagai penenang bagi jiwa yang gelisah, sebagai kegembiraan apabila menghadapi sebarang masalah dan kesusahan.

“Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan. Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan.”
Surah al-Insyirah, ayat 5 dan 6.

14. Dua kali Allah mengulang-ulang ayat ini. Maka, yakinlah kita dengan sebenar-benarnya dengan Allah yang maha pengasih. Tidak ada kesusahan yang kita hadapi, melainkan Allah akan memberikan kesenangan kepada kita.

15. Susah dan senang adat kehidupan. Hadapilah masalah dengan semangat yang kental dan jiwa yang tenang.

16. Walaupun susah tak perlu gelisah.

Hadapi hidup ini dengan tenang, senang dan lenang.

Monday, May 30, 2011

~TuPTaP2...DaH CuTi SeKoLaH...~


Myspace Fun Flash Comments
 
Tup Tap...Tup Tap...Dah nak masuk bulan 6 dah...cuti sekolah la plak...
Cepatnya masa berlalu...dah tengah tahun dah...

Semoga segala impian dan harapan akan menjadi kenyataan...
 
Buat adik2 & anak2...time cuti sekolah nih jangan lupa baca buku ya!...( hehe...biasa ler ayat skema..)


SeLaMaT BerCuTi SeMua...



Thursday, May 26, 2011

~DeTaK JanTunG Ini...~

Alhamdulillah...hari yang cerah...secerah sekeping hati yang REDHA menyambut takdir ILAHI.
Hari yang tenang...setenang sekeping hati yang SABAR saat diri diuji.
Jangan kecewa andai semalam ditusuk duka...kerana akan hadir juga bahagia setelah derita.
Seumpama siang yang pasti menjelma...selepas malam yang gelap gelita.
Lalu bersyukurlah pada Ilahi tatkala melihat mentari hari ini..
~SyUkuR MaSiH PunYa DeTaK JanTunG Ini...~ 
 
 

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile