Rindunya Ungu dengan blog sendiri...dengan kawan-kawan blogger...huk!...
Banyaknya komitmen sekarang nih...sampai nak bukak blog sendiri pun tak sempat...
erkk...apa yang komitmen banyak sangat tu...dah kawen hape??
heee....mana ada!!...
pssttt...Ungu terlibat ngan Kajian Tindakan untuk murid-murid Ungu nih.. so memang kena kaji dan bertindak lahhh...dah macam buat tesis masa belajar kat universiti dulu pulak...hu!
haaa...ingat senang jadi cikgu...bukan setakat mengajar aje tau...nasib baik gaji naik...hee!
So, tajuk entry kat atas tu takder kaitan lah??..
errrr...belum lagi laaa...heee
Ehem...memandangkan tajuk pun ada kaitan ngan kahwin...meh nak bagi tips sikit...berguna ni tau...InsyaAllah menjadi...
TARAAA!!!
V
V
V
V
V
   Nak jadi menantu yang disukai dan disayangi mertua?
1.  Tawan hatinya.
Selalunya  ia bermula di awal pertemuan pertama.  Jika lulus pada pandangan  pertama ini, selalunya hubungan akan jadi baik seterusnya.  Semasa  menziarahi bakal mak mertua beli buah tangan untuknya.  Jangan kedekut  sangat ya!.  Pasti dia tersenyum lebar dan rasa sangat dihargai.
2.  Bersikap mesra.
Ketika  bertandang buat pertama kali ke rumah      bakal mertua.  Jangan  sombong sangat.  Bersikap mesra sedikit.  Tunjukkan senyuman anda yang  manis itu.  Tunjukkan anda juga mempunyai sikap  mengambil berat.  Tentu  bakal mertua anda tersenyum manis juga untuk anda.
3. Dapatkan nasihat meskipun sudah tahu.
Walau  pun kita sudah tahu mengenai perangai pasangan anda.  Mintalah  pandangan mertua juga terutama sekali dalam soal memasak atau ketika  dalam mendepani perangai pasangan anda.  Mereka pasti dengan senang hati  memberikan pandangan.
Anda sebenarnya  berdepan dengan orang yang telah membesarkan pasangan anda sekarang.  Perlakuan baik adalah gambaran bahawa anda sangat sayangkan anak mereka  serta sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga.  Jika sejak awal anda  telah dilihat sebagai orang yang patuh, jujur, sedia menurut kata dan  penyayang, tidak ada sebab mertua tidak sayang anda. ^_^
 Ini ialah mak saya..
Sekian...jumpa lagi...^_^