Rindunya Ungu dengan blog sendiri...dengan kawan-kawan blogger...huk!...
Banyaknya komitmen sekarang nih...sampai nak bukak blog sendiri pun tak sempat...
erkk...apa yang komitmen banyak sangat tu...dah kawen hape??
heee....mana ada!!...
pssttt...Ungu terlibat ngan Kajian Tindakan untuk murid-murid Ungu nih.. so memang kena kaji dan bertindak lahhh...dah macam buat tesis masa belajar kat universiti dulu pulak...hu!
haaa...ingat senang jadi cikgu...bukan setakat mengajar aje tau...nasib baik gaji naik...hee!
So, tajuk entry kat atas tu takder kaitan lah??..
errrr...belum lagi laaa...heee
Ehem...memandangkan tajuk pun ada kaitan ngan kahwin...meh nak bagi tips sikit...berguna ni tau...InsyaAllah menjadi...
TARAAA!!!
V
V
V
V
V
Nak jadi menantu yang disukai dan disayangi mertua?
1. Tawan hatinya.
Selalunya ia bermula di awal pertemuan pertama. Jika lulus pada pandangan pertama ini, selalunya hubungan akan jadi baik seterusnya. Semasa menziarahi bakal mak mertua beli buah tangan untuknya. Jangan kedekut sangat ya!. Pasti dia tersenyum lebar dan rasa sangat dihargai.
2. Bersikap mesra.
Ketika bertandang buat pertama kali ke rumah bakal mertua. Jangan sombong sangat. Bersikap mesra sedikit. Tunjukkan senyuman anda yang manis itu. Tunjukkan anda juga mempunyai sikap mengambil berat. Tentu bakal mertua anda tersenyum manis juga untuk anda.
3. Dapatkan nasihat meskipun sudah tahu.
Walau pun kita sudah tahu mengenai perangai pasangan anda. Mintalah pandangan mertua juga terutama sekali dalam soal memasak atau ketika dalam mendepani perangai pasangan anda. Mereka pasti dengan senang hati memberikan pandangan.
Anda sebenarnya berdepan dengan orang yang telah membesarkan pasangan anda sekarang. Perlakuan baik adalah gambaran bahawa anda sangat sayangkan anak mereka serta sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Jika sejak awal anda telah dilihat sebagai orang yang patuh, jujur, sedia menurut kata dan penyayang, tidak ada sebab mertua tidak sayang anda. ^_^
Ini ialah mak saya..
Sekian...jumpa lagi...^_^