topbella

Saturday, July 30, 2011

~Ini Bukan Kari Ayam..... Ini Kari Garam Namanya!!...~

"Apa yang kau masak nih Siti.."

"Kari ayam la mak.."


"Ini bukan kari ayam...ini kari garam namanya.... patut dibuang ke laut aje nih.."
"Kau tau kan...anak aku tak boleh makan masin-masin macam nih..."
" Dah lah... biar mak masak lain.."

heheheh..Itu dialog citer kat TV3 petang tadi yang bertajuk 'Anak Emak'....
Endingnya mak dia kahwin lain...selesailah masalah...

Macam mana pulak kalau mak dia memang tak nak kahwin lain dah?..




Hmmm...mula-mula kita kena terima hakikat bahawa kita memang tidak dapat menandingi wanita yang menjadi ibunya itu...




Jadi...kita tidak perlu menjadi penghalang kepada hubungan mereka...Sebab lelaki yang mengasihi ibunya dan melayannya dengan penuh hormat adalah seseorang yang akan tahu bagaimana untuk melayan seorang wanita lain dengan baik (kalau  dah kahwinlah)




Penyelesaiannya....awal-awal lagi dalam perhubungan...kita perlu beritahu keperluan kita sebagai seorang wanita... katakan kepada lelaki anda... kita tidak mahu menjadi penghalang hubungan antara ibu dan anak...dan kita pun tidak mahu bersaing dengannya untuk mendapatkan perhatiannya.


Namun...kita perlukan dia sebagai pelindung kita...menjadi ketua dalam keluarga dan menjadi contoh kepada anak-anak lelaki sebab anak-anak lelaki perlu tahu apa yang dapat menjadikan mereka lelaki sejati.....dan menjadi contoh lelaki sejati kepada anak perempuan.


 InsyaAllah lelaki anda akan sedar tanggungjawabnya...dan membantunya mengelak daripada terlalu diperintah oleh ibunya.  ^_^

[ Kalau yang tak berapa nak kontrol ayu tuh boleh la cakap macam nih..."eh  awak nih bukan budak kecik lagilah nak duk bawah ketiak mak awak aje.."]....hehhehhhehh!



anak!...eh, anak murid!...gambar siang tadi .. tak der kaitan pun ngan entry...ngeee!

~Jikalau....

Jikalau mencintai dunia...
Dunia akan musnah...

Jikalau mencintai manusia...
Manusia akan mati...


Jikalau mencintai Allah...
CintaNYA akan kekal dan abadi.

Jikalau dirimu rebah...
Usahlah kau menyerah kalah...

Kau Bangkitlah..
Berserah kepada Allah..

Pasti ada hikmah yang dianugerah..
InsyaAllah.

Amin!

Friday, July 29, 2011

~Asyik Nak Tulis Pasal Diri Sendiri?....Aku Bukan Artis!~

Hmmm.... apa benda nak tulis nih... otak dah naik tepu dah nih!...
Tapi hari-hari nak up date entry...huhu..

Kalau nak posting entry pun mestilah sesuatu yang menarik kan.. dan sepatutnya boleh memberi manfaat kepada pembaca yang lain...
kan ilmu yang bermanfaat itu dan dipraktikkan pula orang lain...akan menjadi amal jariah kita gak kan...

 Nak jadi penulis yang baik juga perlu banyak atau sering membaca....rasanya perlu banyak membaca kot daripada menulis..

Sebabnya.... penulis yang baik adalah pembaca yang baik.

Moralnya di sini.... marilah kita blogwalking dan rajin-rajinlah baca entry kawan-kawan ya!


Membaca tu kan amalan mulia... ^_^

Thursday, July 28, 2011

~Lift Sangkut....Pucat!!!!~

" Kak mengucap kak...."

 Errrkkk....agak-agaklah dik....nih mesti dah tersampuk dengan cerita 'horror movie' nih.....asal lift sangkut jer nak terhempas....asal lift sangkut jer nak terhempas...huhu

Tapi dalam hati Tuhan ajelah yang tahu.....dah lah first time tersangkut kat dalam lift....memang mengucap tak habis-habis....takut!!!!!....

Tiba-tiba diri ini terlalu menghargai kehidupan kat luar sana....dosa yang dibuat dan amalan yang tak seberapa!.....huhu


Kadang-kadang tuh sibuk dengan segala bagai....sedar-sedar aje hari dah malam.... selalu sangat suka sembahyang maghrib dah hujung2 bawak ke Isyak sekali...asyik tengok citer kat TV3 time pukul 7.00 la tuh....adehh! nak menyalahkan tv la pulak...


Al-Quran pulak yang kecil ada...yang besar ada...yang terjemahan pun ada...tapi bukan nak dibuka dan dibaca hari2......kalau laptop nih boleh pulak siang malam dibuka hari2...huhu



As a Muslim,Kita memang dituntut untuk membaca Al-Quran kerana ia merupakan kalam Allah.Selain mendapat pahala yang banyak,rumah orang yang membaca Al-Quran juga dikunjungi oleh malaikat yang sama mendoakan kebajikan mereka yang membaca Al-Quran.



  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 
  •  Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Sumber dari iLuvislam.com
Besarnya kelebihan surah Al-Ikhlas kat sini kan? Walaupun surahnya pendek..Jika kita baca 3 kali seumpama kita baca keseluruhan Al-Quran.. 

Marilah sama2 kita amalkan selagi masih punya nafas ini!... ^_^



Wednesday, July 27, 2011

~Nih nak jawab periksa ke...nak tengok muka cikgu?~

"hahh....yang tenung2 muka cikgu ni apsal?....jawab la soalan tu cepat..."

"nak cari ilham cikgu...cantik la cikgu hari nih"

errr....biasa la tuh ayat-ayat bodek....takkan dapat markah lebih punyer...haha

Apa pun selamat berjaya untuk anak-anak didik yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR pada hari ini...

Juga kepada adik-adik blogger yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM  dan STPM pada tahun ini...wish you luck dear! All the best k.. ^_^

Tuesday, July 26, 2011

~Kata Wanita : Duhai Lelaki...Jangan Bunuh Aku!~

Wanita dicipta dengan satu hati yang mudah terluka....
tidak perlu senjata tajam untuk membunuhnya...
cukuplah sekadar bibir yang manis menjadi pembunuhnya.

"Dan perlakukanlah wanita dengan baik....kerana mereka diciptakan dengan tulang rusuk yang paling bengkok...dan sesungguhnya bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah atasnya.... Jika engkau bermaksud meluruskannya...maka engkau akan mematahkannya.....dan jika engkau membiarkannya....maka ia akan tetap bengkok...Oleh kerana itu, perlakukanlah wanita dengan baik. (HR. Bukhari dan Muslim)

 Apa pun wanita kena kuat ya!...jangan sampai cinta itu membunuhmu... ^_^

Saturday, July 23, 2011

~Giler Durian..~

hmmm....sedapnya makan durian...Ungu memang suka makan durian... lagi best kalau pergi makan ramai-ramai dengan kawan-kawan....boleh eratkan lagi hubungan dan kemesraan..hehe..

Jom pergi makan durian!...  ^_^



Kena kutip durian dulu ...adventure tul!                                                                                                                        


                                                                                                         



barulah boleh makan...yummy! 




   
                                                                                                              

                                                        
depa makan dengan pulut...sedap gak!                                                                    








                                                                                                                                                                                                                                                        




     





posing tetap posing!...hihhihih

Rindu!.....Rindu!....Rindu......

Sentuhlah hatiku....
Peluklah sanubariku...
Berikan aku rasa kasih itu...

Sirnakan segala duka dalam hatiku...
Hilangkan segala resah dalam jiwaku

Aku rindu padaMU....
Aku ingin cinta dan kasih sayangMU...

Aku tahu Kau sentiasa ada untukku...
Kaulah kekuatanku...

Kumohon perlindunganMu...
Bimbinglah setiap langkah...
Agar selalu di jalanMU...

Terima kasih...Ya Allah!

Alhamdullillah.... Amin!

Tuesday, July 19, 2011

~Kata Wanita Lelaki Hebat Jika......

Apa yang anda perlu lakukan ketika anda bersama lelaki anda ketika di rumah. ( Bila dah kahwinlah )

1.  Jangan cuba membaiki singki yang bocor, kereta yang rosak, tandas yang tersumbat atau apa-apa sajalah - Beri dia peluang melakukannya.
pinjam gambar Aaron Aziz

 2.  Jangan bawa beg sampah ke tempat buang sampah atau pun mengecat rumah atau pun memesin rumput.-  Itu adalah kerja lelaki kan..kan..kan.

3.  Jangan angkat barang-barang berat - Lelaki memang ditakdirkan mempunyai otot-otot yang dapat mengalihkan sofa, televisyen, almari  dan sebagainya.... kenalah tunjuk macho kan...kan..kan...

4.  Jangan segan ajak dating di dapur - masak sama-sama boleh?

Tetapi jangan lupa ya..... hargai lelaki anda....

Macam ni dia punya skrip " Terima kasih sebab bantu saya ya!... awak memang hebat"

Mesti si dia akan tersenyum lebar punye...   ^_^

Sunday, July 17, 2011

~Antara Bijak dan Cantik.... Lelaki Pilih Cantik?~

Hmmm...siapa yang tak bangga kalau pasangannya  seorang yang cantik kan?....  Sebab itu lelaki lebih gemar memilih seorang wanita yang cantik walau pun tidak berapa cerdik....... berbanding wanita yang bijak tetapi tiada rupa paras yang menawan.

 Memiliki seorang wanita yang cantik merupakan kemenangan dan kebanggaan bagi diri seorang lelaki....

Sebab itu ramai lelaki tidak kisah dikikis harta bendanya asalkan dapat berdamping dengan wanita yang cantik walau pun dia tahu yang wanita itu memang pisau cukur.

Walau pun secara realitinya...lelaki memang mudah tewas oleh kecantikan.... dia  juga perlu fikirkan kebijaksanaan pasangannya kerana isteri yang bijak bakal melahirkan zuriat yang bijak juga... ^_^

Friday, July 15, 2011

~ I Love U...ishh!~

" Sayang... I love U..."
 Hmmm... mudahnya untuk melafazkan kata-kata cinta kan?.... sehingga terasa diri bagaikan di awan-awangan...

Cinta memang sangat mudah dilafazkan.  Tetapi sukar untuk dibuktikan apatah lagi mengekalkannya.

Usah terlalu mudah menuturkan kata cinta....kerana mulut boleh berdusta....Katalah dengan hati...kerana selalunya ia seiring dengan bukti.

Lagi pun kalau selalu sangat tuturkan kata-kata sayang dan cinta...nanti semua itu sudah tiada rasa dan nilainya lagi.

Lelaki mencari cinta untuk bahagia...tetapi wanita rasa bahagia dengan cinta...Sebab itulah, lelaki boleh bercinta dengan dua wanita dalam satu masa....tetapi wanita hanya punya rasa cinta dengan seorang lelaki sahaja.

Justeru, berhati-hatilah apabila ada lelaki yang terlalu memuja dan memuji anda.  Dia mungkin mengatakan anda adalah segala-galanya.  Wajah anda penuh pesona, suara yang merdu, ayu lagi manja.... Apabila si dia sudah jemu dan semua itu sudah pudar dan hilang.....anda sudah tidak lagi berharga dan bermakna baginya.

Sebaliknya, beri peluang kepada lelaki yang memilih anda seadanya dan tidak terlalu memuja-muja anda....kadang-kadang hendak dengar perkataan sayang pun susah...tetapi kita tahu si dia sayangkan kita dari perbuatan dan tingkah-lakunya.....kerana itu tandanya si dia bersedia menerima dan mencintai anda seadanya walau apa pun keadaan anda nanti.

Justeru,  janganlah frust sangat ya...jika lelaki anda jarang menuturkan kata-kata cinta kerana rasa itu tetap tersemat kukuh dalam hatinya.   ^_^

 Entry imbas kembali   zaman dolu2 masa mula2 berblogging...hikhik

 p/s...nak pergi laut jap cari siput sedut...eh cari idea...eheheh

~Bunga Itu Masih Ungu~

Cantiknya bunga ros Cameron ni...
"Bunga ni tahan 2 tahun dik... dah letak ubat.."...
ehh.. boleh percaya ke?....
"boleh tahan dua kali raya ni..belilah"
Bunga Ungu

Sedosen bunga ros merah dan putih aku beli di Cameron....memang cantik...kononnya boleh tahan dua kali raya...tengok2 bila sampai rumah...jangankan dua kali raya...raya tahun ni pun tak lepas...huhu

Aku ni kan memang senang kasihan dan percayakan orang kot....tak pasal2 kena tipu...huhu..

Nasib baik bunga lavender yang aku beli itu masih lagi ungu...^_^ 

Thursday, July 14, 2011

~Cara Sembunyikan Shoutbox~

Ungu dapat permintaan dari Nolove yang minta ungu bagi cara-cara nak sembunyikan Shoutbox....supaya shoutbox tu boleh main cak-cak pulak dengan kita...macam shoutbox Ungu kat sebelah tu...hehee..

Sebenarnya Ungu pun baru aje terjebak dalam dunia blog ni...masih banyak lagi benda nak kena belajar...Ungu boleh lah tunjuk apa yang Ungu tahu ya!

okeh... macam ni ya kawan2..

Caranya senang aje...

1. Dashboard > Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/Javascript

2. Copy dan Paste code kat bawah nie ye.





<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursorointer;
background:url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWh71EZV1rOKMID4Hf6TcFS8REzoutZL8x_Z-vCl2v8Bb3ZziX5e4BVIOIrQi9hjGaZvnXbVJyDfIQzFSNs7epJdbw05sOZC-Z35HMyPL8jTWvqAsCVsBk0KlG3xhyphenhyphenGAqK1d6VOmzXxb6l/s320/tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

Code shoutbox disini

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>






jangan lupa masukkan code shoutbox kat dalam code tu ya...... code shoutbox yang asal tu lah...kalau tak nanti cuma ada kotak shoutbox aje...tak boleh nak tulis pulak kang.

3. save.

4. tadaa... dah siap.
sekian... maceh.. :)

Wednesday, July 13, 2011

~Tak Nak Jatuh Cinta Lagi?....Serik!!!!!~

Sudah serik bercinta kerana pernah kecewa?

Mungkin kita dipisahkan dengan seseorang kerana kita akan dipertemukan insan yang lebih baik daripadanya.  InsyaAllah.  Justeru tidak perlulah serik bercinta ya!

Namun begitu, bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita tidak terlalu sakit ketika menerima sebarang kegagalan dalam percintaan.

 Tetapi bercintalah sepenuhnya ketika sudah berkahwin nanti agar dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. So sweet.

 Seandainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak perlu menutup terus pintu hati untuknya.  Menutup hati terus hanya akan terus  merosakkan perasaan sendiri.  Hal ini kerana manusia memang memerlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nalurinya.   ^_^

Pasti yang nyata hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Tuesday, July 05, 2011

~Nak Pikat Hati Bakal Mak Mertua?~


Nak jadi menantu yang disukai dan disayangi mertua?

1.  Tawan hatinya.
Selalunya ia bermula di awal pertemuan pertama.  Jika lulus pada pandangan pertama ini, selalunya hubungan akan jadi baik seterusnya.  Semasa menziarahi bakal mak mertua beli buah tangan untuknya.  Jangan kedekut sangat ya!.  Pasti dia tersenyum lebar dan rasa sangat dihargai.

2.  Bersikap mesra.
Ketika bertandang buat pertama kali ke rumah bakal mertua.  Jangan sombong sangat.  Bersikap mesra sedikit.  Tunjukkan senyuman anda yang manis itu.  Tunjukkan anda juga mempunyai sikap  mengambil berat.  Tentu bakal mertua anda tersenyum manis juga untuk anda.

3. Dapatkan nasihat meskipun sudah tahu.
Walau pun kita sudah tahu mengenai perangai pasangan anda.  Mintalah pandangan mertua juga terutama sekali dalam soal memasak atau ketika dalam mendepani perangai pasangan anda.  Mereka pasti dengan senang hati memberikan pandangan.


Anda sebenarnya berdepan dengan orang yang telah membesarkan pasangan anda sekarang. Perlakuan baik adalah gambaran bahawa anda sangat sayangkan anak mereka serta sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga.  Jika sejak awal anda telah dilihat sebagai orang yang patuh, jujur, sedia menurut kata dan penyayang, tidak ada sebab mertua tidak sayang anda. ^_^

Sunday, July 03, 2011

~Kata Wanita Hati Lelaki Mudah Ditawan??...~

Bagaimana Untuk Menawan Hati Lelaki Anda?

 Lelaki biasanya mendambakan kelembutan daripada seorang wanita.  Sebab itulah seorang lelaki sanggup berkahwin kerana dia teruja dengan kelembutan dan mengharapkan kelembutan itu ada pada wanita yang dimilikinya...

1.  Melatih diri untuk memiliki sifat lemah lembut ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

2.  Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang dan tidak tergesa-gesa.  Namun sifat lemah-lembut ini lebih baik diiringi dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

3.  Selain itu, sifat lemah lembut juga adalah akhlak mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya.  Justeru orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung dan dikasihi ramai orang.

Oleh itu, berlemah lembutlah anda sebab itu pasti akan menawan si dia yang sangat tinggi egonya.  Lelaki lemah dengan kelembutan dan mereka tidak sekali-kali tunduk oleh kekasaran.

Mudah-mudahan mereka akan menjadi seorang lelaki yang penyayang dan pelindung kepada seorang wanita...  ^_^

About Me

My Photo
Ungu Violet
Jalan hidup ada dua saja. Maju terus ke hadapan atau tinggallah di belakang. Tertinggal dan ketinggalan.
View my complete profile